KLUANG: Bekas pemain bola sepak persatuan bola sepak Johor era 1982 dipilih sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada pilihanraya kecil, (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan pada 28 September ini.
Pengumuman dibuat Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Mohamad Haizan Jaafar, 61 tahun adalah ahli jawatankuasa bersatu Kluang dilahirkan di Layang-Layang.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmud 1, Kluang dan meneruskan pengajian di Sekolah Tinggi Kluang.
Setelah menamatkan pengajian, beliau berkhidmat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan sebagai pembantu sukan.
Melanjutkan pelajaran hingga mendapat diploma of Fitness pada June 1995 oleh The Canadian Association for Health Physical Education and Recreation.
Mendirikan rumah tangga dengan Puan Rohimah Daud dan dikurniakan tiga orang anak.
Mohamad Haizan adalah bekas pemain bolasepak bersama Johor FA era 1982 dan pernah mewakili Johor dalam kejohanan Piala Razak dan Piala Presiden.
Beliau kini pemegang lesen B kejurulatihan bolasepak dan bergiat aktif menyumbang tenaga bagi pembangunan bolasepak pelbagai kaum di Kluang, Johor.
Mohamad Haizan pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang dan Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan INTAN Kluang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.