comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRK DUN Mahkota: BN berdepan PN

Oleh: Zahir Senapiah 

KLUANG: Barisan Nasional (BN) akan berdepan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota  yang akan diadakan pada 28 September ini.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini.

@buletintv3

Barisan Nasional (BN) akan berdepan Perikatan Nasional (PN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) N.29 Mahkota yang akan diadakan pada 28 September ini. #BuletinTV3 #prkdunmahkota #bn #pn #syedhussien #mohamadhamizan

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah,40, akan menentang calon PN Mohamad Haizan Jaafar, 61 tahun.

SPR menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya ini pada 28 September manakala pengundian awal pada 24 September.

Kerusi DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, tentera dan pasangan (4,510), 401 polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

DUN berkenaan mula dipertandingkan pada 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini