comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: Calon BN serah borang pencalonan

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah, 40 menyerahkan borang pencalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota jam 9.40 pagi tadi.

Ini diikuti dengan Calon PN, Mohamad Haizan Jaafar, 61 tahun lima minit kemudiannya.

Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini dibuka jam 9 pagi ini.

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63,  ketika menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Sharifah Azizah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Johor menang dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan Muhammad Taqiuddin Cheman Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).

SPR menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya itu pada 28 September manakala pengundian awal pada 24 September.

Kerusi DUN Mahkota mempunyai 66,318 pemilih terdiri daripada 61,397 pengundi biasa, tentera dan pasangan (4,510), 401 polis serta 10 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

DUN berkenaan mula dipertandingkan pada 2004 dan setakat ini telah melalui lima pilihan raya yang menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN, dan kali terakhir dimenangi Sharifah Azizah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini