comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Mahkota: Polis luluskan 13 permit kempen

Foto hiasan

KLUANG: Polis meluluskan 13 permit kempen sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, sehingga 3 petang tadi, polis meluluskan dua permit kempen kepada Barisan Nasional (BN) dan 11 lagi permit kempen untuk Perikatan Nasional (PN).

“Polis turut menerima satu laporan polis semalam daripada seorang orang awam yang menafikan tuduhan diterimanya menerusi satu mesej di telefon bimbit.

“Kes diklasifikasikan sebagai NOD (no offense disclosed/tiada kesalahan didedahkan),” katanya ketika dihubungi, hari ini

PRK kali ini menyaksikan pertembungan antara BN dan PN yang masing-masing mempertaruhkan calon Syed Hussien Syed Abdullah dan Mohamad Haizan Jaafar atau dikenal sebagai Coach Haizan.

Hari pengundian akan berlangsung 28 September ini, manakala 24 September sebagai hari undi awal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini