Oleh: Syafiqah Damanhuri
KLUANG: UMNO perlu kukuh untuk kembalikan semula kekuatan Barisan Nasional (BN).
Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dengan cara itu secara tidak langsung parti-parti komponen dalam BN juga akan turut menjadi kuat.
“UMNO setiap kali kita bertanding kita tak pernah bertanding tiket UMNO. Kita bertanding tiket BN.”
“Kerana UMNO percaya pada ideologi bahawa negara kita ini masyarakat majmuk. Walaupun majoriti bumiputera dan Melayu tapi kita ada signifikan minoriti bukan bumiputera.” Katanya ketika ditemui media selepas melakukan lawatan dan sesi bersama jentera di sini sempena PRK DUN Mahkota di sini, malam tadi.
Jelas beliau, hakikatnya UMNO ini ibarat ‘sauh’.
“Bila menjadi sauh dia mesti menunjukkan satu kekuatan yang bagus dalam parti tersebut secara tidak langsung parti-parti komponen akan juga menjadi kuat.
“Tapi kalau UMNO sudah tak kuat dalam duduk BN tak boleh jadi sauh yang bagus maka parti komponen kita juga akan menerima kesan.” Ujarnya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.