comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Melor Ditangguhkan Susulan Darurat – SPR

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor, Kelantan, ditangguhkan selaras dengan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong pada 11 Januari 2021, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.

PRK berkenaan sepatutnya diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangnya, selaras dengan Perkara 46(5) Bahagian Pertama Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Ia juga selaras dan peruntukan Seksyen 13 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 berkaitan Pilihan Raya DUN yang sedang berkuat kuasa,” kata Datuk Ikmalrudin melalui satu kenyataan, hari ini.

Dr Md Yusnan Yusof, 53, meninggal dunia di rumahnya akibat serangan jantung.

Beliau telah memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14.

Loading...
Terkini