comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Johor: Dua beradik mahu tepis tuduhan golongan muda tidak minat mengundi

Pavitrawini (kiri), dan Keiswini tidak mahu terlepas peluang mengundi. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: “Saya dan kakak hadir mengundi bagi menepis dakwaan menyatakan golongan muda tidak berminat mengundi”, kata L Pavitrawini, 22, yang teruja terlibat dalam proses demokrasi negara.

Tidak hairanlah, dia dan kakaknya L Keiswini, 24 sanggup meredah hujan sejak awal pagi untuk ke Pusat Pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

“Sebenarnya ini kali ketiga saya dan kakak, mengundi dalam tempoh dua tahun. Saya mula mengundi pada usia 18 tahun dan kakak pula ketika berusia 20 tahun.

“Saya dan kakak mula mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac tahun lalu diikuti Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada November tahun lalu dan PRK Parlimen Pulai, hari ini

”Kami selalu juga berbincang mengenai keadaan politik negara bersama rakan-rakan seusia dan mengikuti perkembangan menerusi media sosial,” katanya.

Pengundi muda, L Pavitrawini (kiri) dan kakaknya, L Keiswini serta rakan, Ng Ying Xin selesai mengundi untuk PRK Parlimen Pulai di SMK Taman Bukit Indah, Johor. – FOTO: NSTP

Turut sama mengundi adalah rakan mereka, Ng Ying Zin, 20.

Keiswini pula berharap golongan muda keluar mengundi beramai-ramai bagi melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Sayang jika kita mensia-siakan hak kita orang muda untuk mengundi kerana ia penting supaya suara golongan kita didengari dan terbabit dalam proses demokrasi negara.

“Beberapa kawan seusia kami juga ada memaklumkan akan pulang mengundi walaupun sedang belajar di negeri lain namun ada juga rakan yang enggan pulang kerana merasakan ia tidak penting,” katanya.

Loading...
Terkini