comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Johor: Mat Sabu harap ‘perkahwinan diatur’ PH-BN kekal

Presiden Amanah, Mohamad Sabu

PULAI: “Perkahwinan diatur” antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diharap bertahan lama selepas menunjukkan perkembangan baik.

Menggunakan analogi perkahwinan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata PH-BN tidak pernah “bercinta” namun secara tiba-tiba dijodohkan oleh Raja-Raja Melayu selepas PRU15 untuk membentuk kerajaan.

“Tetapi bila sudah bertemu dan bermesra… satu tahun selesai. Itulah berkat kalau kahwin orang tua kira (atur).

“InsyaAllah perpaduan (PH-BN) kita ini kekal,” katanya pada ceramah di Pulai malam tadi.

Mohamad berkata gabungan PH-BN telah melalui ujian pertama pada PRK DUN Tioman, Disember lalu yang menyaksikan gabungan itu menang.

Menurutnya, pada pilihan raya itu PH telah memberi laluan kepada BN untuk berdepan Perikatan Nasional (PN) susulan kematian seorang daripada calon Yunus Ramli menjelang PRU15.

Beliau memberi jaminan selepas PRK Pulai dan Simpang Jeram pada Sabtu ini, Amanah akan membantu BN pula mengekalkan kerusi di DUN Pelangai, Pahang.

“Kita akan pastikan gelombang hijau tidak berada di Pahang,” katanya. – FMT

Loading...
Terkini