Tumpuan :
Politik

PRK KEMAMAN: Pengundi di perkampungan Cina Hainan menyokong Affandi 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah 

AIR JERNIH: Penduduk di perkampungan Cina Hainan di Pekan Air Jenih, Kemaman memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Kerjasama erat jentera BN dan MCA banyak membantu Affandi mendekati pengundi cina.

“Saya dimaklumkan pengundi tionghua juga boleh bawa perbezaan pada sesuatu nampaknya gerak kerja telah dilakukan oleh jentera, saya rasa dah solid sokongan yang dizahirkan kita ada lagi beberapa hari lagi 12 hari untuk perkemaskan lagi saya yakin dekat sini kita akan dapat solid undi”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan masyarakat Cina di Kelab MCA Pekan Air Jernih.

Menurut Khaw Kian Hup, 68 tahun, dia mahu BN merampas semula kerusi Parlimen Kemaman pada 2 Disember depan.

“Buat masa sekarang status tu kita ok sokongan bagi org cina majoriti sokong di kawasan ini kawasan bandar tak tahu kerana sejak BN perintah negara 60 tahun nampaknya kita sedang membangun dan tahap-tahap kemajuan yang tinggi dan harap rezeki ini dikekalkan dan rakyat boleh hidup dengan aman dan damai tanpa gangguan”, katanya.

Sementara itu menurut Wong Kwee Fong, 50 tahun, dia mahu agar kawasan itu dimajukan sebagai kawasan eko-pelancongan supaya kegiatan ekonomi dapat dirancakkan.

Menurut  menambah peluang pekerjaan baharu terutama untuk generasi muda.

“Harap ada peluang pekerjaan untuk orang muda. Kalau sini tak ada peluang pekerjaan untuk orang muda semua orang muda pergi bandar sini. Jadi kampung orang tua, saya dah 50 tahun dan generasi ketiga tinggal sini generasi baru sudah keluar dari sini tinggal di bandar”, ujarnya.

Kawasan perkampungan Cina Hainan merupakan kawasan penempatan komuniti Cina Hainan tertua di negara ini.

Terletak di Kampung Air Jernih, kampung ini wujud lebih 100 tahun itu berupaya menarik kunjungan pelancong dan sekaligus menjana pendapatan ekonomi kepada penduduk di kawasan tersebut.

Perkampungan itu berhampiran dengan Stesen Landasan Rel Pantai Timur E-C-R-L yang sedang rancak dalam pembinaan, sememangnya berpotensi untuk dimajukan dan dijadikan lokasi tumpuan pelancongan.

Pekan Air Jernih ini mempunyai keunikan tersendiri yang mana kaum Cina Hainan yang fasih berbahasa Melayu khususnya menggunakan loghat Terengganu, masih mengekalkan tradisi mereka.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini