comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Sungai Bakap: PH yakin peluang cerah tawan kembali kerusi

NIBONG TEBAL: Misi untuk menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, 6 Julai ini, dilihat semakin cerah.

Pengarah Pilihan Raya PH bagi PRK itu, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, reaksi pengundi UMNO yang diterima ketika berkempen, terhadap calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin amat positif.

Pengarah Pilihan Raya PH bagi PRK Sungai Bakap, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid

Katanya, momentum itu sekali gus menampakkan peluang cerah seterusnya dapat mengembalikan semula kerusi Sungai Bakap kepada PH.

“Keadaan sekarang kita nampak positif dengan gerak kerja yang dilancarkan bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN) dan juga UMNO di lapan Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Insya-Allah kita nampak akan beroleh kejayaan pada 6 Julai ini,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan akan berlaku peralihan undi ahli UMNO bagi PRK Sungai Bakap selepas Ceramah Perpaduan di Padang Lalang, Simpang Ampat, di sini, malam tadi.

Mohamad berkata, berbaki seminggu lagi kempen jentera perpaduan akan meneruskan program menyantuni pengundi termasuk ceramah.

“Dalam tempoh (kempen) berbaki beberapa hari lagi kita akan teruskan kerja siang dan malam termasuk mengadakan ceramah kelompok,” katanya.

Kawasan Sungai Bakap yang berada di bawah Parlimen Nibong Tebal diadakan semula pilihan raya susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu, akibat keradangan dalam perut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini