comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRN 2023: Dominic sah bertanding di Bayan Lepas

 

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Teka-teki berhubung siapa calon Perikatan Nasional (PN) bertanding di DUN Bayan Lepas di Pulau Pinang akhirnya terjawab.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengesahkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dinamakan sebagai calon parti itu bagi merebut kerusi DUN berkenaan.

“Adalah dimaklumkan bahawa YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Presiden Parti Gerakan merupakan calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.38 Bayan Lepas, Pulau Pinang, setelah dipersetujui oleh Majlis Presiden Perikatan Nasional,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebelum ini, kerusi DUN Bayan Lepas menjadi rebutan antara PAS dan Gerakan.

Pada Majlis Pengisytiharan Calon PN Pulau Pinang semalam, calon bagi DUN terbabit tidak diumumkan susulan bantahan dari ahli PAS di Bayan Lepas yang menuntut calon parti itu dinamakan di kerusi berkenaan.

Loading...
Terkini