
KEMAMAN: Calon BN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said sempat berseloroh dengan pesaingnya iaitu Calon Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu Datuk Razali Idris mengundang tawa penyokong kedua-dua parti.
“Mung menang ke aku menang malam ni, kita tunggu”, kata Ahmad Said.
Bagaimanapun, kedua-dua calon meletakkan harapan yang tinggi untuk menang di Dun Kijal.
Jelas Ahmad Said, kempen sihat di Dun Kijal boleh dijadikan contoh terbaik sepanjang kempen berlangsung yang tamat 12 tengah malam tadi.
Katanya, walaupun ade sedikit unsur provokasi sama ada dari BN atau yang di buat dari pihak lawan ia ditangani dengan baik.
Bagi Datuk Razali Idris yang selesai mengundi di SK Seberang Marang, kira-kira jam 8.15 pagi tadi, beliau tidak gentar berdepan dengan penyandang kerusi Dun Kijal selama 6 penggal itu.
Masing-masing sudah mengenali kelebihan dan kelemahan masing-masing sejak beliau berada di dalam pucuk pimpinan Umno negeri suatu ketika dahulu.
“Menang atau kalah itu adalah keputusan demokrasi rakyat. Jika diberi mandat di Dun Kijal saya akan buat yang terbaik sekaligus akan menjadi ‘giant killer’ yang akan diingati pengundi kerana dapat mengalahkan penyandang kerusi dun ini”, ujarnya.
Kedua-dua calon Dun Kijal itu bertemu di SK Payoh, Kemaman, ketika melawat pusat mengundi.