NIBONG TEBAL: Perdana Menteri optimis keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini akan memihak kepada Pakatan Harapan (PN) dan Barisan Nasional (BN) memandangkan sentimen penerimaan rakyat kepada gabungan itu ketika ini semakin meningkat berbanding tahun lalu.
Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, orang ramai sudah bijak dan mampu menilai kesahihan fitnah membabitkan ancaman terhadap Islam yang sering dijaja Perikatan Nasional (PN), sebelum ini.
“Dulu dia (rakyat) dengar semua yang negatif, ‘Anwar akan tarik balik hak Islam’ dan (sentimen) ini dijadikan fitnah hingga menjadi budaya serta orang percaya.
“Sebahagiannya sudah tengok (dakwaan berkaitan Islam tergugat) tak jadi. Pelajar tidak pakai skirt pun sekarang. Jadi saya ingat itu mengubah (penerimaan orang ramai).
“Ada orang yang dulunya kata baik dengan PH tetapi percaya pada tohmahan yang kita akan menjadi alat kepada DAP untuk menentang Islam jadi sekarang terbukti tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas beramah mesra bersama masyarakat Sungai Bakap di sini, hari ini.