comscore
Tumpuan :
Nasional

PRN: BN akan teruskan trend calon muda

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di FELDA Jelai 2, Gemas.

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

TAMPIN: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan trend calon muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan datang.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata trend itu telah membuktikan kejayaan BN pada PRN Melaka dan Johor yang lalu.

“Ia terbukti di PRN Melaka, saya meletakkan 82% muka-muka baru dan 67% adalah orang-orang muda.

“Begitu juga di Johor dalam PRN-nya berada di tahap 74%, kerajaan Johor diketuai oleh orang muda dan exco juga orang muda,” katanya.

Jelas beliau, mekanisma yang bakal digunakan itu bukanlah tidak menghormati orang lama, namun ia merupakan trend yang diharapkan oleh rakyat.

Katanya, kombinasi antara generasi lama dan baru harus dilakukan bagi memberi peluang kepada calon-calon muda.

“Trend ini adalah menjadi harapan pada rakyat, bukannya tidak menghormati orang lama, saya pun orang lama.

“Tapi hakikatnya ialah yang lama menyayangi yang baru, yang baru menghormati yang lama.

“Jadi kombinasi antara beberapa generasi ini harus dilakukan, yang penting keremajaan, harus diberi peluang kepada calon-calon muda mesti dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Jamuan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Loading...
Terkini