comscore
Tumpuan :
Politik

PRN: BN bertanding 31 kerusi di Kelantan

KOTA BAHRU:  Barisan Nasional (BN) Kelantan dan Pakatan Harapan (PH) sudah mencapai kata sepakat berhubung  pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang .

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, berkata pembahagian kerusi dibuat atas permintaan PH iaitu sebanyak 14 kerusi, manakala BN pula akan bertanding di 31 kerusi.

Katanya, ia diputuskan menerusi mesyuarat lebih seminggu lalu.

“Pembahagian kerusi antara BN dan PH capai kata sepakat apabila PH mahu 14 kerusi, manakala BN 31 kerusi. Ada Parlimen yang PH minta mahu bertanding di dua Dewan Undangan Negeri (DUN), ada satu kerusi sahaja dan ada juga Parlimen yang PH tidak bertanding.

“Ini menunjukkan bahawa kerjasama antara BN dah PH berjalan dengan lancar kerana dalam pembahagian kerusi itu tidak ada bantahan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh itu berharap rakyat Kelantan  membuat  keputusan yang bijak pada PRN nanti.

“Mereka (rakyat) jangan bagi kerusi yang banyak kepada PAS dan pastikan BN serta PH mendapat kerusi yang banyak untuk menjadi pembangkang yang kuat.

“Kita ingin membantu rakyat Kelantan dengan menjadi sebagai semak dan imbang yang kuat. Seterusnya rakyat akan mendapat pembelaan kerana kerajaan tidak boleh buat sewenang-wenangnya,” katanya.

Loading...
Terkini