comscore
Tumpuan :
Politik

PRN: Pembahagian kerusi PH di Selangor hampir selesai

FOTO: NSTP

AMPANG JAYA: Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Selangor, pembahagian kerusi hampir selesai.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan berjalan lancar dan setakat semalam sudah mencapai tahap 83 peratus selesai.

“Perkembangan amat baik, kesemua pihak bersetuju cuma belum mendapat kelulusan dari pihak (pimpinan) tertinggi.”Saya boleh katakan di Selangor 83 peratus selesai (pengagihan kerusi), jadi menjelang Jun semasa pembubaran nanti, kita sudah selesai isu pengagihan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Dewan Serbaguna Ampang Jaya, di sini, hari ini.

FOTO: NSTP

Amirudin berkata, setakat hari ini, mereka bersetuju untuk menampilkan muka baharu dan berganding dengan calon lama pada PRN akan datang.

Katanya, kata putus berhubung pencalonan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat oleh presiden parti atau jawatankuasa parti masing-masing.

“Perbincangan sudah berlaku beberapa kali di peringkat persekutuan dan di Selangor juga berjalan lancar.

“Setakat perjanjian, (parti) yang dah menang (kerusi) itu kita akan kekalkan. Sebagaimana saya sebut, kita akan gabungkan muka baru dan yang lama dan kita akan bincang dengan rakan kongsi,” katanya.

Loading...
Terkini