comscore
Tumpuan :
Politik

PRN: Prestasi pemimpin mudahkan kerjasama di Negeri Sembilan

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

SEREMBAN: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli menjangkakan rundingan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat Negeri Sembilan lebih mudah.

Katanya, rekod yang baik serta konsistensi pemimpin kedua-dua gabungan di peringkat negeri selain prestasi pencapaian pilihan raya memudahkan kerjasama yang bakal terjalin bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

“Pertamanya kerana watak dua orang pimpinan kanan daripada Negeri Sembilan iaitu Datuk Aminuddin Harun dan Datuk Seri Mohamad Hasan mempunyai watak yang senang dibawa berbincang serta mempunyai rekod yang lama dalam parti menunjukkan kesetiaan kepada parti masing-masing.

“Jadi itu salah satu faktor yang agak mudah dan yang kedua ialah kerana dari segi prestasi pencapaian keputusan pilihan raya itu, masing-masing parti dalam PH dan UMNO rekod itu agak konsisten,” katanya selepas merasmikan Konvensyen PKR Negeri Sembilan di sini malam tadi

Beliau berkata, sekiranya kerjasama dibentuk antara dua gabungan politik berkenaan bagi menghadapi PRN kelak, tidak banyak pertelingkahan yang akan timbul mengenai gabungan mana yang mempunyai peluang lebih besar.

Loading...
Terkini