comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 150 calon rebut 42 kerusi DUN Pahang

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Bera, Datuk Zaman Azam Mohamat Sarif (tengah) mengumumkan nama-nama calon yang bertanding bagi P.090 Parlimen Bera, N.37 DUN Guai, N.38 DUN Triang dan N39 DUN Kemayan di Pusat Penamaan Calon P.090 Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera. Foto: NSTP

KUANTAN: Seramai 150 calon akan bertanding bagi merebut 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Daripada jumlah itu, pada pilihan raya kali ini menyaksikan pertandingan lima penjuru di empat DUN, diikuti empat penjuru (17 DUN), tiga penjuru (20 DUN) dan satu DUN membabitkan dua penjuru.

Pada PRU-14, BN Pahang menang sebanyak 25 kerusi, diikuti PH sembilan manakala PAS pula memenangi lapan daripada 42 kerusi.

Di sebalik pencapaian itu, BN Pahang yang berjaya mempertahankan kemenangan pada PRU-14 dijangka berdepan cabaran sengit daripada parti lain pada PRU-15.

Difahamkan, beberapa kerusi panas menjadi sandaran utama parti lain untuk memenangi kerusi berkenaan terutama daripada parti Perikatan Nasional (PN).

Antara kerusi yang menjadi tumpuan ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Cheka, Jelai, Peramu Jaya, Tanjung Lumpur dan Beserah.

Di DUN Cheka, pencalonan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di DUN berkenaan membuktikan kesungguhan Perikatan Nasional (PN) untuk memenangi kerusi itu.

Pada masa sama, turut menyasarkan lebih banyak kerusi lain dalam usaha membentuk kerajaan.

Pengalaman yang dimiliki Tuan Ibrahim yang juga Menteri Sumber Alam Sekitar dan Air memberikan lebih pilihan kepada pengundi untuk membuat pilihan.

Selain itu, nama Tuan Ibrahim turut disebut-sebut sebagai Menteri Besar Pahang jika PN menang besarpada pilihan raya kali ini.

Lawan Tuan Ibrahim iaitu Ho Fong Mee yang juga Ketua MCA Bahagian Lipis dikatakan tidak cukup dikenali pengundi kerana beliau adalah calon baharu.

Tuan Ibrahim dalam kenyataan sebelum ini mengesahkan keputusan bertanding kerana DUN Cheka berada di kampung halamannya iaitu Kampung Batu Balai.

“Masyarakat di DUN Cheka begitu dekat dengan saya dan jentera PAS sedia membantu,” kata Tuan Ibrahim.

Bagi kerusi DUN Jelai pula, biarpun Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga penyandang sejak 2004 dikatakan tidak berdepan masalah, momentum yang dimiliki PN dan PH tidak boleh dipandang sepi.

Pada PRU15, Wan Rosdy akan dicabar Dr Abdul Rasid Mohamed Ali daripada PN dan Ismail Mohamad Husin (PH).

DUN Peramu Jaya juga tidak kurang hebatnya apabila anak sulung kepada Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohamad Nizar mengesahkan bertanding di kerusi berkenaan.

Aura Najib yang juga bekas Perdana Menteri sudah pasti memberikan kelebihan kepada Mohamad Nizar untuk memastikan kemenangan kepada BN.

Namun, Mohamad Nizar akan berdepan tentangan daripada tiga calon iaitu Abu Talib Mohammad (PN),Tugimon Abdul Hamid (PH) Tengku Dato’ Zainul HisyamTengku Hussin.

Tidak ketinggalan juga kerusi DUN Tanjung Lumpur yang disandang Rosli Abdul Jabar yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang apabila dicabar [email protected] Nordin yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuantan.

Serta daripada PH iaitu Sabrina Md Yusuff dan Ruslam Ahmad (PEJUANG).

Begitu juga penyandang kerusi DUN Beserah, Andansura Rabu yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang dicabar oleh Ketua UMNO Bahagian Indera

Mahkota, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pahang, Zulkifli Mohamed.

Dua lagi pencabar ialah Mohd Fauzi Taib (PEJUANG) dan Tan Siang Yew (Bebas).

Loading...
Terkini