comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 20 ahli PAS, BERSATU sertai UMNO

Calon Barisan Nasional Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat (kiri) hadir menerima borang keahlian UMNO daripada bekas ahli PAS dan BERSATU yang mengumumkan pendirian menyertai UMNO malam tadi.

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

HULU TERENGGANU: Seramai 20 ahli PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dari Kampung Padang Setenge isytihar keluar parti dan menyertai UMNO malam tadi.

Mereka melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati selepas janji manis ditaburkan PAS tidak ditepati.

Lebih menyedihkan kebajikan mereka juga didakwa diabaikan oleh parti itu.

Justeru, ahli terbabit bertindak menubuhkan UMNO cawangan Kampung Padang Setenge.

Borang keahlian mereka diterima oleh calon Barisan Nasional (BN), Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat.

“Saya yakin mereka ikhlas untuk menyertai UMNO dan menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini,” kata Datuk Rozi.

Loading...
Terkini