comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 3 Exco Kerajaan negeri tawaran PN di Kedah

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: 3 exco kerajaan negeri Kedah antara 15 calon ditawarkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Calon itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Cempedak, Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail bagi kerusi Parlimen Kubang Pasu, ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee (Sungai Petani) dan ADUN Lunas Azman Nasrudin (Kulim-Bandar Bahru).

Kesemua mereka adalah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Turut tersenarai, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Kedah, Datuk Suhaimi Abdullah yang dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Langkawi.

PAS dalam pada itu menampilkan Ketua Pesuruhjaya negeri, Datuk Ahmad Saad @ Yahaya sebagai calon PN di kerusi Parlimen Pokok Sena.

Bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pendang.

Berikut calon bagi kerusi lain – Dr Abdul Ghani Ahmad (Jerlun), Nurul AMin Hamid (Padang Terap), Afnan Hamimi Taib Azamuddin (Alor Setar), Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (Kuala Kedah), Sabri Azit (Jerai), Tarmizi Sulaiman (Sik), Mohd Nasri Abd Hassan (Merbok), Hassan Saad (Baling), dan Roslan Hashim (Kulim-Bandar Baharu).

Loading...
Terkini