comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 3 keutamaan pemilihan calon BN

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) meletakkan tiga keutamaan bagi pemilihan calon gabungan itu untuk bertanding pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu kesetiaan, tetap berkhidmat dan muafakat.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata bagi PRU-15 ini, lebih 85 peratus calon BN yang ditampilkan ialah mereka yang mempunyai kelayakan akademik di peringkat pengajian tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu dan kepakaran.

Beliau berkata, mereka yang diketengahkan sebagai calon membabitkan gandingan muka baharu dan yang berpengalaman selain mempunyai rekod berbakti kepada rakyat.

“Dengan demografi pengundi yang semakin remaja di mana 51.4 peratus daripada kira-kira 21 juta pengundi terdiri daripada mereka berusia 18 hingga 40 tahun ia memperlihatkan tanggungjawab BN dalam meletakkan gandingan yang membimbing dan dibimbing.

“Ia adalah bagi menentukan Ahli Parlimen yang akan dipilih nanti adalah merupakan gandingan yang tentunya didambakan keserasian supaya kerajaan bakal kita bentuk boleh menghidangkan segala janji yang akan ditunaikan atas nama BN,” katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan calon BN bagi kerusi Parlimen untuk PRU-15 ini.

Hadir sama, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Berita lanjut menyusul – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini