comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 2 penyandang kekal, 2 kembali merebut kerusi di Kedah

Oleh Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah turut menampilkan wakil dari MCA dan MIC, masing-masing di kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai.

Parlimen Alor Setar akan diwakili oleh Timbalan Ketua Pemuda MCA, Tan Chee Hiong manakala Parlimen Padang Serai pula diwakili Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC, Datuk Sivarraajh Chandran.

Antara nama besar yang dlihat kekal dalam senarai pencalonan adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap), Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (Jerai), Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Othman Aziz (Jerlun) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Untuk rekod, BN mencalonkan 13 wakil dari UMNO, 1 MCA dan 1 MIC pada PRU ini di Kedah .

Loading...
Terkini