comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 4,626 anggota tentera dan pasangan tunaikan tanggungjawab di Sungai Petani

Oleh Zulfakhri Shamsul Ariffin

SUNGAI PETANI: Petugas barisan hadapan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Parlimen Merbok melibatkan 4,626 anggota dan pasangan Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM).

Panglima Briged Keenam Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Mohd Akib Yusof berkata, proses membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang Tentera Darat Sungai Petani akan tamat tepat jam 5 petang hari ini.

“Pengundian bermula tepat jam 8 pagi tadi dan insya-Allah akan habis pada jam 5 petang nanti.

“Bagaimanapun, saya yakin proses ini akan berakhir awal melihat kepada kehadiran tentera dan pasangan mereka yang hadir ke pusat mengundi lebih awal daripada masa yang ditetapkan,” katanya kepada Buletin TV3.

Katanya, proses undi awal di kem berkenaan dijangka akan tamat pada jam 1 tengah hari memandangkan proses pada hari ini berjalan dengan lancar.

Parlimen Merbok menyaksikan pertembungan 4 penjuru.

Penyandang kerusi itu, Nurin Aina dari Pakatan Harapan (PH) akan menentang 2 calon muka baharu iaitu Mohamed Mosin Abdul Razak mewakili Pejuanh dan calon Barisan Nasional BN, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin serta calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Nazri Abu Hassan.

Tinjauan kru kami di sekitar kem berkenaan juga meriah dengan penyokong parti masing-masing.

Loading...
Terkini