comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 9 calon hadir serah borang pencalonan Parlimen Ampang

Oleh Juliana Sharin

AMPANG: Setakat jam 9:10 pagi, 9 calon parti dan bebas hadir di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Ampang.

Penyandang, Datuk Zuraida Kamaruddin dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) tiba jam 9:04 pagi bagi menyerahkan borang pencalonan.

Sebelum itu calon Barisan Nasional (BN) yang juga Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low Yi Wen, antara yang terawal masuk ke Dewan Dato Ahmad Razali kira-kira 9:01 pagi.

Turut kelihatan Rodziah Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga mewakili Pakatan Harapan (PH) tiba jam 9:03 pagi.

Beliau hadir bersama pencadang, Ketua Cabang PKR Ampang yang juga merupakan penyanyi rap, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet dan penyokongnya, seorang pengarah dan selebriti, Datuk Hans Isaac.

Turut mengintai peluang, Ketua Pejuanita Muda, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr. Nurul Ashikin Mabahwi.

Turut mengintai peluang, Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Shasha Lyna Abdul Latiff.

Parti Warisan (Warisan) pula mempertaruhkan Adun Teratai, Bryan Lai Wai Chong.

Tiga lagi calon adalah bebas.- BULETIN TV3

Loading...
Terkini