comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 94.72 peratus pengundi awal tunaikan tanggungjawab

Foto hiasan

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Sejumlah 94.72 peratus atau 212,961 orang pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.66 Bugaya, Sabah.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mereka terdiri daripada anggota tentera dan pasangan, anggota polis serta Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR.

Sejumlah 224,828 pengundi awal berdaftar terdiri daripada 117,473 anggota tentera dan pasangan serta 107,355 anggota polis serta pasangan.

Sebanyak 578 pusat pengundian awal membabitkan 970 saluran dibuka dari jam 8 pagi dan ditutup secara berperingkat antara 12 tengah hari hingga 5 petang.

Loading...
Terkini