comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15 : 945 calon rebut 222 kerusi Parlimen, 428 calon tanding DUN

Gelagat penyokong Barisan Nasional di Pusat Penamaan Calon Rembau di Dewan Seri Rembau. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR : Seramai 945 calon merebut saingan di kerusi Parlimen dengan Pakatan Harapan (PH) mendominasi saingan pencalonan bagi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 selepas bertanding di 220 kerusi Parlimen kali ini, berdasarkan rekod dikeluarkan SPR setakat jam 5 petang ini.

Gabungan itu bertanding di hampir semua kerusi Parlimen di Kedah iaitu 15 kerusi, Kelantan dan Pahang (14), Negeri Sembilan (lapan), Perlis (tiga), Perak (24), Terengganu (lapan), Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur (11) serta masing-masing satu di di WP Putrajaya dan Labuan.

Jumlah itu termasuk lapan kerusi yang ditandingi atas logo DAP di Sabah, selebihnya diwakili pakatan pilihan PH, parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) di enam kerusi dari lima negeri iaitu Johor, Melaka, Pulau Pinang, Selangor serta Sabah.

Sementara Barisan Nasional (BN) pula akan meletakkan calonnya di 178 kerusi Parlimen, tidak bertanding di Sarawak, selain memutuskan meletak calonnya di 12 kerusi di Sabah, selebihnya ditandingi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) iaitu 13 kerusi.

Perikatan Nasional (PN) menjadi parti ketiga mendominasi saingan pencalonan selepas bertanding di 171 kerusi Parlimen termasuk 22 kerusi di Kelantan dan Terengganu yang menggunakan logo PAS, diikuti Gerakan Tanah Air (GTA) yang menggunakan logo Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), dengan 116 kerusi ditandingi serta sekutunya, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) di sembilan kerusi.

Sementara Parti Warisan (WARISAN) pula meletakkan calonnya di 52 kerusi Parlimen, majoritinya berada di Sabah dan tiada pencalonan di Melaka, Pahang, Terengganu, Sarawak dan WP Putrajaya.

Pada PRU kali ini juga, seramai 108 calon bertanding sebagai calon bebas, dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 24 pencalonan, diikuti Sabah (20), Sarawak dan Perak (11), WP Kuala Lumpur (10), Pulau Pinang (enam), Pahang dan Johor (lima), Kedah dan Kelantan (dua) dan masing-masing satu kerusi di Perlis dan Terengganu.

Dalam pada itu, Gabungan Parti Sawarak pula bertanding di semua 31 kerusi di Sarawak, sementara Parti Rakyat Melaysia pula bertanding di 16 kerusi Parlimen, diikuti Parti Sarawak Bersatu (10), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)(tujuh), Parti Bangsa Malaysia (PBM)(lima) serta Parti Dansa Dayak Sarawak (PBDS) di tiga kerusi.

Parti Utama Rakyat (PUR), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Bumi Kenyalang (PBK) serta Parti Sedar Rakyat Sabah, masing-masing bertanding di satu kerusi.

Sementara itu bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang, Perak dan Perlis, keseluruhan 428 calon bertanding dengan BN meletakkan calonnya di 111 kawasan iaitu sebanyak 42 DUN di Pahang, Perak (53) dan Perlis (15).

Bagi PH pula, jumlah DUN dipertandingkan ialah sebanyak 110 DUN iaitu 53 di Perak, Pahang (41) dan 15 DUN di Perlis.

PN turut bertanding di 110 DUN membabitkan sebanyak 53 di Perak, Pahang (42) serta Perlis (15), ia diikuti Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang bertanding di 42 DUN iaitu sebanyak 18 di Pahang, Perak (17) serta Perlis (enam).

WARISAN bertanding di 18 DUN iaitu sembilan di Perlis dengan lapan lagi di Perak manakala terdapat sejumlah 22 calonbertanding secara Bebas dengan paling tinggi bertanding di Perak iaitu 11 calon, Pahang (enam) dan Perlis (empat). Selain itu calon bagi Parti Rakyat Malaysia (PRM) bertanding di satu DUN di Pahang.

Loading...
Terkini