comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Abang Johari akan tentukan keputusan kerjasama GPS-PN

Naib Presiden Kanan Parti PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof menghadiri program di Petra Jaya, Kuching.

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan membuat keputusan mengenai hubungan atau kerjasama gabungan itu dengan Perikatan Nasional (PN) selepas proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selesai.

Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penentuan keputusan terbabit susulan langkah PN bertanding di empat kerusi Parlimen Sarawak iaitu Saratok, Lubok Antu, Bintulu dan Batang Lupar.

“Kita akan melangkaui perkara itu bila sampai waktunya dan kita akan serahkan dan beri mandat sepenuhnya kepada Premier kita Tan Sri Abang Johari untuk menentukannya,” katanya selepas menghadiri program kempen di Petra Jaya, Kuching.

Ujar Datuk Seri Fadillah, mengikut persefahaman sebelum ini, PN mahu berkerjasama dengan GPS pada PRU-15 dan tidak bertanding di Sarawak.

Bagaimanapun, tindakan PN meletakan calonnya untuk bertanding menentang calon GPS mencerminkan perkara sebaliknya.

Ujarnya, sebagai sebuah negara demokrasi PN berhak meletakkan calonnya mengikut kesesuaian parti terbabit dan GPS bersedia menentang calon-calon terbabit.

Loading...
Terkini