comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Ahli keluar parti tidak gugat jentera – PN

Oleh Baharuddin Mohamed

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Melaka yakin jentera Perikatan Nasional (PN) tidak tergugat bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) meskipun terpalit dengan isu ahli keluar parti.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka, Dr. Mohd Yadzil Yaakub berkata, ia adalah perkara biasa setiap kali plilihan raya yang disifatkan dalam suasana ‘peperangan’.

Menurutnya, banyak kenyataan yang dikeluarkan pihak yang berkenaan adalah bercanggah dengan fakta sebenar.

“Kita dalam suasana perang jadi akan ada banyak strategi oleh pihak-pihak lawan dan kami percaya ini adalah salah satu strategi yang dilakukan.

“Selain daripada kehendak peribadi, itu adalah satu perkara biasa setiap kali pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang akhbar di Pejabat BESATU Bahagian Hang Tuah Jaya, di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi PN Melaka berkata, tiada istilah terkubur atau lumpuh biarpun pemimpin keluar silih berganti.

“Siapa nak teruskan perjuangkan silakan, siapa tak mampu ikut arus yang ditetapkan kami tak menghalang,” tegasnya.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban turut menolak wujud unsur sabotaj apabila bendera parti itu didakwa agak suram dipasang sekitar negeri ini berbanding bendera parti lain.

“Tidak ada sabotaj, persiapan dah ada, tengoklah nanti akan lebih meriah daripa apa yang dilihat,” ujarnya.

Loading...
Terkini