comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: GTA tampil 3 calon selebriti

Ahmad Idham Ahmad Nadzri (kanan) serta pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof (kiri) antara calon selebriti dari parti GTA yang bertanding pada PRU-15.

BANGI: Pelakon yang juga pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, diumumkan sebagai calon bagi Gerakan Tanah Air (GTA) pada Pilihan Raya Umum ke-15 PRU-15.

Eizlan dan Ahmad Idham daripada badan bukan kerajaan (NGO) Gagasan Bangsa masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Pencalonan mereka diumumkan pada Majlis Pengumuman Calon PRU-15 GTA.

Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.

Ditanya mengapa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang sebelum ini dikhabarkan akan menjadi calon GTA bagi Parlimen Rembau tidak disenaraikan, Dr Mahathir berkata, Abdul Hamid masih belum bersedia.

Sementara itu, Dr Mahathir, berkata calon Perdana Menteri bagi gabungan itu hanya akan ditentukan selepas ia menang pada PRU15, sama seperti pilihan gabungan untuk kerjasama politik yang akan dipilih jika menang.

Ditanya sasaran kerusi yang akan dimenangi, Dr Mahathir berkata, GTA hanya berharap akan menang dan menubuhkan kerajaan. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini