comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Akhirnya markas BN dibuka selepas 40 tahun

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

MARANG: Setelah ‘diharamkan’ lebih 40 tahun, markas Barisan Nasional (BN) akhirnya dibuka di Kampung Tok Rimau dan Kampung Alur Parit, Kuala Terengganu.

Jika dahulu, bendera dan sepanduk parti itu dicampak selain dibuang ke longkang, ia kini diterima 750 penduduk di kedua-dua kubu kuat PAS itu.

Ia setelah mereka kini jemu dan muak dengan sikap PAS yang disifatkan hanya pandai menanam tebu di pinggir bibir.

Manakan tidak, selama menjadi penyokong kuat parti itu, kebajikan penduduk serta isu yang melanda kedua-dua kampung it uterus terpinggir tanpa sebarang pembelaan.

Sedar akan perkara itu, 120 bekas penyokong tegar PAS bertindak membuka markas BN yang disifatkan sebagai situasi politik rasional dan matang.

Menurut Zamri Rani, dia terpanggil untuk mengetuai pembukaan markas dengan dibantu penyokong BN lain.

“Kita nak ajak berbincang pun susah, kita keluar dari Pas dan kita buka markas di sini. Sambutan sekarang lebih 100 ahli Pas datang ke Markas ini bagi sokongan.”

Ujarnya, setakat ini, tiada sebarang bantahan atau kekacauan dibuat mana-mana pihak berhubung pembukaan markas itu.

Seorang lagi penyokong Pas yang kini beralih memberi sokongan kepada BN, Osman Abdullah.

“Kita kuat Pas dulu, janji lain buat lain, perkerjaan untuk budak-budak tak ada dan janji kosong belaka.”

“Sambutan sekarang ni lebih baik dari dulu. Ada ahli Pas pun bagi tahu untuk bersama dengan kami,” ujarnya.

Tegas mereka, tindakan itu adalah sukarela serta menggunakan modal sendiri malah ianya tidak diketahui oleh calon BN di kawasan itu.

Justeru, penyokong baharu BN itu berharap parti itu diberi mandat di Kerusi Parlimen Marang 19 November ini.

Loading...
Terkini