comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: AMANAH umum 54 calon

KUALA LUMPUR: AMANAH mengumumkan seramai 54 calon parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Mohamad Sabu, berkata jumlah itu bertambah berbanding 35 kerusi pada PRU-14″Kita sudah menyelesaikan soal calon yang akan bertanding mewakili PH daripada kuota AMANAH bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagi kerusi Parlimen, AMANAH mendapat 35 peratus pertambahan kerusi baharu untuk pilihan raya umum kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman calon PRU-15 di ibu pejabat parti itu di Wisma AMANAH Negara di sini, hari ini.

Loading...
Terkini