comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Anwar Ibrahim tawan Tambun

Foto: NSTP

IPOH: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan memenangi kerusi itu dengan memperoleh majoriti 3,736.

Mendahului tiga parti lain, Pengerusi PH itu mendapat 49,625 undi sekali gus memintas penyandang kerusi itu sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (PN) dengan 45,889 undi.

Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) dengan 28,140 undi dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang) 1,115 undi.

Sementara itu, bagi kerusi tumpuan lain, Parlimen Pasir Salak, Calon PN Jamaluddin Yahya menang dengan 24,897 undi.

Diikuti calon BN, Khairul Azwan Harun dengan 19,894 undi, Nik Omar Nik Ab Aziz (PH) 11,693 undi dan calon Pejuang, Zairol Hizam Zakaria (539 undi).

Bagi Parlimen Sungai Siput, calon PH, S Kesavan turut mendahului dengan 7,598 undi setakat jam 10 malam tadi.

Ini disusuli Tan Sri SA Vigneswaran (BN-MIC) 5,236 undi, Datuk Seri G Irudianathan (PN-Bersatu) 683 undi, R Indrani (Bebas) 221, Ahmad Fauzi Mohd Jaafar (GTA-Pejuang) 109 undi, Baharudin Kamarudin (Bebas) 98 undi dan N Rajah (Bebas) 13 undi.

Loading...
Terkini