comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Azam Karap mahu selesai masalah nelayan Kuala Perlis

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis, Nor Azam Karap mahu menyelesaikan beberapa isu dihadapi nelayan di kawasan itu.

Calon Pakatan Harapan (PH) itu berkata, antara isu yang akan diselesaikan membabitkan kerosakan jalan dan kekurangan bekalan ais untuk penyimpanan ikan.

“Aduan yang saya terima ketika bertemu dengan nelayan siang tadi ada tiga iaitu jalan berlopak di hadapan kompleks LKIM Kuala Perlis dan dalam kawasan kompleks itu sendiri.

“Bila berlopak ni menyebabkan kadang-kadang orang tolak kereta sorong, bila ikan jatuh akan rosak, begitu juga masalah kekurangan ais menyebabkan ikan tidak dapat disejukkan, ini merugikan sumber laut kita,” katanya kepada Buletin TV3.

Menurut Nor Azam, ketiga-tiga isu itu bukan tumpuannya dalam berkempen pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU-15) sebaliknya ia adalah harapan yang mahu direalisasikan.

“Isu ini bukan tumpuan tapi saya mahu pastikan ia dapat diselesaikan, jika tidak ia merugikan pengusaha ikan di Kuala Perlis ini.

Kerusi DUN Kuala Perlis menyaksikan pertembungan lima penjuru membabitkan calon PH, Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Warisan dan bebas.

Pada PRU-14 lalu, Nor Azam berjaya memenangi kerusi DUN Kuala Perlis dengan majoriti 1,254.

Loading...
Terkini