comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Azwan sah tidak bertanding

Azwan tiba di sekitar pusat penamaan calon bagi Parlimen Gombak di SMK Sungai Pusu kira-kira jam 8.30 pagi. FOTO: NSTP

GOMBAK: Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tidak menyerahkan borang pencalonannnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Beliau dilihat tidak memasuki pusat penamaan calon PRU-15 bagi Parlimen Gombak di SMK Sungai Pusu di sini, bagi urusan itu sebaik ia ditutup jam 10 pagi.

Semalam, beliau sendiri mengesahkan dirinya akan bertanding pada PRU15 khususnya di kerusi Parlimen Gombak.

Terdahulu, Azwan yang pernah bertanding sebagai calon bebas dalam PRU ke-14 pada Mei 2018 lalu, iaitu di peringkat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), tiba di sekitar pusat penamaan calon itu, kira-kira jam 8.30 pagi.

Pada PRU ke-14 lalu, Azwan hilang wang deposit bertanding apabila sekadar beroleh 90 undi sementara Azmin meraih majoriti 25,512 undi bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Azmin dijangka berdepan saingan lima penjuru di Parlimen Gombak, iaitu dari calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; Ketua UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din (Barisan Nasional); Jamaludin Mohd Tahir (Pejuang), serta seorang calon bebas, Zulkifli Ahmad.

Loading...
Terkini