comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Bantuan kebajikan di Perlis dihentikan masa PH berkuasa – Azlan Man

Datuk Seri Azlan Man di Bilik Gerakan DUN Bintong, malam tadi

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mendakwa peruntukan bagi program kebajikan untuk penduduk di Perlis telah dihentikan ketika Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan persekutuan pada PRU-14.

Ia melibatkan peruntukan mencecah RM6 juta yang boleh memberi manfaat kepada lebih 30, 000 penerima.

Sebab itu katanya, perlu untuk Barisan Nasional (BN) menang di Perlis dan peringkat pusat supaya pelbagai program yang telah direncanakan dan baik untuk rakyat dapat diteruskan.

“Sebelum 2018, Perlis ada satu program kebajikan. Peruntukan ini telah disediakan setiap tahun kepada semua golongan masyarakat tanpa mengikut fahaman politik, bangsa dan agama.

“Bantuan kebajikan kepada mereka dari kategori fakir miskin, OKU (Orang Kelainan Upaya), warga emas, ibu tunggal dan anak-anak yatim. Bagi orang Islam, setiap kali sebelum Ramadan kita kumpul ikut DUN (Dewan Undangan Negeri) masing-masing dan sampaikan bantuan RM150.

“Begitu juga perayaan Tahun Baru Cina, sampaikan bantuan RM150 dan Deepavali juga bagi RM150 termasuklah Songkran. Walaubagaimanpun, setelah PH ambik alih kerajaan, peruntukan yang diperoleh untuk program ini telah dihentikan,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan DUN Bintong.

Pengerusi BN Perlis itu berkata, tindakan drastik kerajaan PH pada ketika itu telah mengakibatkan program bantuan tahunan tidak dapat diteruskan lagi kepada penduduk di negeri ini.

“Sekiranya kerajaan negeri BN dikekalkan dan pada masa sama di pusat adalah BN juga, maka saya akan memulakan kembali program bantuan kebajikan ini dan mohon bantuan secukupnya untuk boleh diteruskan mulai 2023.

“Jika pusat lulus bantuan mencukupi, kita cadang supaya bantuan bukan RM150 tapi kepada RM200 bagi setiap individu penerima.
Tambahan satu lagi kategori kepada bapa tunggal. Ini hasrat kerajaan negeri jika terpilih dan diwakili BN, begitu juga di pusat” katanya.

Loading...
Terkini