comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Bekas Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan antara wajah baharu ditawar PH Kedah

Bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Latifah Md Yatim, antara 14 calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding di kerusi Parlimen Kedah bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Oleh Kumaran Rajamoney

SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) Kedah menampilkan 9 muka baharu sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Antara yang mencuri tumpuan, wakil dari Amanah bagi kerusi Parlimen Sik, Datuk Latipah Md Yatim yang merupakan bekas Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Selain Datuk Latipah, senarai calon kali ini turut membariskan Timbalan Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff bagi kerusi Parlimen Jerai.

Calon muka baharu lain termasuk Ketua Pemuda Amanah Kawasan Padang Terap, yang dinamakan sebagai calon PH bagi Parlimen Padang Terap.

Di Baling, Amanah menamakan ketua kawasan, Johari Abdullah.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar dicalonkan untuk mengekalkan Parlimen Pokok Sena.

Calon lain adalah dari PKR, dimana parti itu memperkenalkan 5 wajah baharu, dan mengekalkan empat penyandang di kerusi Parlimen sedia ada.

Loading...
Terkini