comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: BN hadapi saingan 3 penjuru di P151

Oleh Azizi Majid

KLUANG: Pengerusi Barisan Nasional BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad berdepan saingan tiga penjuru di Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Datuk Seri Hasni yang juga pengerusi perhubungan UMNO Johor akan ditentang penyandang kerusi itu, Dr Maszlee Malik yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH), Mohd Fazrul Kamat dari Perikatan Nasional dan Kamal Kusmin mewakili PEJUANG.

Pengumuman pengesahan pencalonan mereka dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Simpang Renggam, Abdul Hakim Abd Manap di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam jam 10 pagi tadi.

Terdahulu, Dr Maszlee bersama penyokong tiba jam 8.40 pagi diikuti Datuk Seri Hasni yang diiringi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi jam 8.55 pagi .

Mohd Fazrul dan Kamal pula tiba jam 9.05 pagi dan 9.15 pagi.

Pada PRU-14 lalu, Dr Maszlee yang bertanding atas tiket BERSATU memenangi Kerusi Parlimen Sumpang Renggam dengan majoriti 3,475 undi mengatasi calon BN, Datuk Liang Teck Meng dan calon PAS, Mohd Jubri Selamat. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini