comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: BN terima gelombang sokongan pengundi Cina

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

KANGAR: Gelombang sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat khususnya di kawasan Parlimen Kangar menjelang hari pengundian 19 November depan.

Pengerusi BN Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, ia dapat dibuktikan melalui perubahan sikap masyarakat Cina yang memberi respon positif kepada enam calon BN yang turun berkempen bersama-sama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kangar.

“Kita harap respon positif ini akan diterjemahkan dalam undi kepada BN. Kita ada manifesto nak kan supaya membentuk kerajaan stabil. BN sahaja dapat bawa pembangunan, kalau gagal kita tak dapat bawa kerajaan stabil.

“Kita nak menang semula kerusi-kerusi DUN yang kita kalah pada PRU14 dan DUN Indera Kayangan beri tanda positif BN akan dapat tawan semula,” katanya ketika ditemui di Pasar Pagi Mahkota, di sini pagi tadi.

Beliau yang juga calon BN di DUN Bintong berkata, ‘track record’ pembangunan yang dilaksanakan BN setakat ini telah membawa pelaburan berjumlah RM32.6 bilion selama 9 tahun.

Selain itu, Azlan turun menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan isu cuti sehari sebelum hari pengundian PRU-15.

“Kalau baik untuk rakyat kenapa tidak pertimbangkan untuk memudahkan pergerakan pengundi untuk balik ke kampung.

Loading...
Terkini