comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: BN umum 222 calon Selasa ini

Asyraf (tengah) ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Sepang di Kompleks Muhibbah, Tanjung Sepat di sini, hari ini. – Foto: NSTP

SEPANG: Senarai 222 calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diumumkan Selasa ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, paling penting BN akan memenangi pilihan raya berdasarkan rekod prestasi parti yang mentadbir negara secara kolektif dan bukannya individu.

“Asas ini menjadi titik keutamaan BN dan tidak sekali-kali kita kompromikan,” katanya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya BN Parlimen Sepang di Kompleks Muhibbah, Tanjung Sepat di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Sepang, Noorazli Said, Ketua MCA Sepang, Datuk Ng Chok Sin dan Ketua MIC Sepang, Datuk V Gunalan.

Ditanya kerusi manakah yang bakal ditandingi Asyraf pada PRU-15, beliau enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti sama ada memilih saya untuk bertanding atau sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini desas-desas mengatakan Ketua Pemuda UMNO itu akan bertanding di kerusi Parlimen Gerik, Perak.

Loading...
Terkini