comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Bukti disogok RM10 juta, Prabakaran perlu buktikan.

Oleh Salina Zakaria

PETALING JAYA: Penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran digesa membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaan dirinya disogok MIC sehingga RM10 juta.

Menurut Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Batu, Rozan Azen Mat Rasip, menjadi satu kesalahan jika tidak melaporkan perbuatan rasuah yang didakwanya kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Tindakan mendiamkan diri ujar Rozan boleh menimbulkan kekeliruan jika dakwaan mempunyai bukti namun memilih berdiam dan tidak serius terhadap rasuah.

“Keperluan tindakan mengikut lunas undang-undang ini adalah mustahak kerana kenyataan Prabakaran bahawa beliau menerima sogokan sebanyak dua kali tetapi tiada sebarang tindakan penyiasatan atau permulaan aduan dilakukan oleh beliau sendiri, ” katanya dalam satu kenyataan.

“Ini semua juga menimbulkan tanda tanya kesahihan dakwaan Prabakaran yang menyatakan selama ini beliau ada bukti, namun dibiarkan senyap sahaja tanpa tindakan undang-undang,” ujar Rozan.

Kenyataan Prabakaran agar dirinya menyertai parti komponen Barisan Nasional menyebabkan Pengerusi MIC Wilayah Persekutuan, Datuk S. Rajah membuat laporan polis.

Polis juga telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Tindakan perundangan susulan tiada laporan aduan dan bukti oleh pihak Prabakaran.

Loading...
Terkini