comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Calon bertarung di Padang Serai, Tioman diketahui hari ini

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Tioman, Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diadakan semula hari ini.

PRU-15 di kedua-dua kawasan berkenaan ditangguhkan berikutan kematian calon yang sudah disahkan bertanding iaitu M Karupaiya daripada Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Padang Serai dan Md Yunus Ramli mewakili Perikatan Nasional (PN) untuk Dun Tioman.

Calon sah dinamakan bagi kedua-dua kerusi berkenaan pada 5 November lalu dikehendaki hadir ke pusat penamaan calon untuk tujuan cabutan undi dalam menentukan giliran pada kertas undi.

Manakala calon baharu pula boleh menyerahkan kertas penamaan calon kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengikut tempoh ditetapkan.

Bakal calon bagi Parlimen Padang Serai boleh menyerahkan kertas penamaan calon dari 9 hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di Dewan Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech, Kulim, Kedah.

Bagi DUN Tioman akan berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Pahang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 7 Disember dan pengundian awal pada 3 Disember depan .

Karupaiya, 69, meninggal dunia pada 16 November lalu percayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan .

Manakala Md Yunus, 61 meninggal dunia beberapa jam sebelum proses pengundian, 19 November lalu.

Karupaiya sepatutnya menghadapi saingan enam penjuru menentang lima lagi calon iaitu Hamzah Abd Rahman (Pejuang-Putra), Datuk C Sivaraajh (BN-MIC), Mohd Bakhri Hashim (Warisan), Datuk Azman Nasrudin (PN-Bersatu) dan calon Bebas Sreanandha Rao pada PRU-15 Sabtu lalu.

PRU-15 bagi DUN Tioman pula sepatutnya membabitkan pertembungan lima penjuru antara Md Yunus, Sulaiman Bakar (Bebas), Osman A. Bakar (PEJUANG), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH-Amanah) dan Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN-UMNO).

Loading...
Terkini