comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15 – Calon BN nafi terlalu ramai jentera luar berkempen

LARUT: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menafikan dakwaan pihaknya jentera luar untuk berkempen di kawasan Parlimen Larut.

Katanya, kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin mengenai perkara itu adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau berkata, tuduhan itu tidak benar dan kesemua jentera BN bekerja keras di tempat masing-masing.

“Kita mempunyai kekuatan jentera yang sangat besar di sini dan kita nampak keupayaan parti lawan dengan jentera mereka.

“Sebab itu macam-macam cerita sekarang ini supaya mereka nak melemahkan kekuatan jentera kita dan saya percaya apabila mereka cuba menggunakan taktik hasutan dan fitnah seperti ini bermakna mereka mungkin gentar,” katanya.

Mohd Shafiq berkata, beliau difahamkan, parti lawan ada membuat perjumpaan dengan kakitangan awam pada sekala besar.

“Sebelum ini pun ada perjumpaan dengan kakitangan awam lain dan saya rasa itu yang perlu dijawabnya,” katanya.

Terdahulu Hamzah mendakwa BN membawa masuk lima buah bas yang terdiri dari jenteranya bagi berkempen di kawasan Parlimen Larut dan menganggap ia tindakan terdesak untuk meraih undi. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini