comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Calon, penyokong PN Parlimen Larut, DUN solat hajat

Calon dan penyokong PN kawasan DUN dan Parlimen Larut memulakan solat hajat sebelum berarak masuk ke Pusat Penamaan Calon di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD)Selama. – Foto: NSTP/Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

LARUT: Kem Perikatan Nasional (PN) melaksanakan solat hajat di dewan terbuka Tapak Pasar Malam Pekan Selama, di sini, pada jam 8.23 pagi tadi sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Selama.

Keempat-empat calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen PN iaitu Mohd Akmal Kamarudin (Selama), Khalil Yahya (Kubu Gajah), Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz (Batu Kurau) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Larut) menyertai solat hajat yang turut disertai kira-kira 500 penyokong.

Kesemua calon termasuk dari PN, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Pejuang dan calon Bebas, dilihat serentak memasuki pekarangan pusat penamaan calon pada jam 9 pagi melalui pintu utama dan pintu belakang. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini