comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Calon tarik diri tetap menang jika dapat undi majoriti-Pengerusi SPR

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika melakukan tinjauan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah

Oleh: Kumaran Rajamoney

KULIM: Calon parti yang menarik diri bagi memberikan laluan kepada parti lawan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan tetap diumumkan sebagai pemenang sekiranya mendapat undi majoriti daripada pengundi.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata kompromi di antara parti politik dan calon tidak mempengaruhi keputusan akhir memandangkan nama semua calon yang bertanding tetap tertera di kertas undi.

“Kita akan umumkan jika calon yang menarik diri memenangi kerusi yang dipertandingkan. Penarikan diri selepas penamaan calon tidak terpakai.”

“Penarikan diri ini hanya pada hari pencalonan. Kalau menang, kita akan diumumkan sebab dia bertanding.”

Beliau berkata demikian mengulas tindakan kompromi oleh parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan penarikan diri calon bagi kedua-dua kerusi parlimen Padang Serai dan DUN Tioman.

Di Padang Serai, Datuk Sivaraj Chandran (BN) menarik diri memberikan laluan kepada Dr. Mohamad Sofee Razak (PH), manakala di DUN Tioman, Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) memberikan laluan kepada Datuk Seri Mohd Johari Hussain (BN).

Dalam perkembangan berkaitan, SPR katanya menyasarkan peratusan keluar mengundi seramai 60 hingga 75 peratus bagi pilihanraya di kerusi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Dalam perkembangan berkaitan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi sebanyak 60 hingga 65 peratus bagi Pilihan Raya Umum (PRU) di kedua-dua kerusi.

Tan Sri Abdul Ghani berkata, sasaran itu adalah realistik melihat kepada hari pengundian yang ditetapkan pada hari bekerja.

“Kita harapkan majikan dapat memberikan pelepasan kepada pekerja untuk keluar mengundi secara berperingkat.”

“Saya harapkan cuaca baik sehingga ke petang, dan pengundi digalakkan keluar mengundi awal,” katanya.

Pengumuman keputusan PRU ini dijangka diumumkan menjelang jam 10 malam ini.

Loading...
Terkini