comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRU-15: Cuti umum khas 18 November dikaji – Ismail Sabri

 

 

Oleh Fazli Ahmad

BERA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sedang mengkaji cadangan cuti umum khas sehari sebelum pilihan raya umum ke 15 (PRU-15), 19 November ini.

Beliau berharap semua pihak menunggu pengumuman mengenainya.

Ismail Sabri turut membayangkan lebih banyak pengumuman penting akan dibuat beliau.

“Tak apa kita tunggu kot-kot ada pengumuman dari saya kita kaji dari awal lagi cuma timing tu tunggulah Insya Allah pengumuman banyak lagi.” kata pada sidang media selepas menghadiri Kenduri Kampung Bersama Penduduk Kampung Bohor Baru, Bera hari ini.

Semalam, Presiden CUEPACS Datuk Adnan Mat, mencadangkan kerajaan memberi cuti umum khas pada 18 November, sehari sebelum hari mengundi bagi membolehkan pemilih mempunyai masa yang cukup untuk pulang menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian, manakala undi awal, pada 15 November. – BULETIN TV3

 

Loading...
Terkini