comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Deposit calon bukan judi – Idris

Bagan Serai: “Ini bukannya perjudian.”

Itu penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berhubung dakwaan tular seorang penyanyi nasyid yang menganggap wang deposit dikeluarkan calon ibarat pertaruhan judi.

Beliau berkata, wang deposit adalah sebahagian ketetapan dalam pilihan raya bagi memastikan proses berkenaan berjalan lancar.

“Tanggapan seumpama itu tidak tepat dan sama sekali tidak boleh disamakan dengan kegiatan judi yang jelas haram di sisi agama Islam.

“Judi ini satu perkara lain, jadi saya harapkan perkara ini dapat diperbetulkan,” katanya kepada media selepas Majlis Munajat Perdana dan Pelancaran Calon Pas di Parlimen Bagan Serai di Tapak Pasar Alor Pongsu di sini, malam tadi.

Terdahulu tular di laman sosial video memaparkan seorang bekas penyanyi nasyid menyatakan pendirian untuk tidak turun mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)..

Selain mendakwa calon mengeluarkan wang deposit ibarat pertaruhan judi, beliau turut mempersoalkan kewajipan untuk keluar mengundi pada hari pengundian nanti dan menjelaskan ia adalah tanggungjawab dan hak sebagai warganegara dalam menentukan pentadbiran kerajaan. – HARIAN METRO

Loading...
Terkini