comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Derita pemandu teksi LTSM, hanya dapat RM30 seminggu

Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA NERUS: 55 pengusaha Teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) mengeluh kerana hanya dapat meraih pendapatan RM30 seminggu.

Sektor pelancongan yang kurang rancak menyebabkan pendapatan kini bergantung kepada orang luar yang datang ke Terengganu menaiki kapal terbang untuk menggunakan perkhidmatan teksi mereka yang semakin hari semakin berkurangan.

Keadaan lebih perit apabila mereka terpaksa bersaing dengan Pengusaha Pemandu kenderaan aplikasi seru-pandu (e-hailing).

Walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan amaran melarang pengusaha e-hailing menunggu penumpang atau berpangkalan di kawasan lapangan terbang bagi mengelak kesesakan, ada yang masih berdegil.

Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi LTSM, Rostam Mokhtar berkata, dalam tempoh seminggu ada pemandu teksi langsung tidak mendapat pelanggan.

Rungutan mereka telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa tetapi setakat ini, masih dipandang sepi.

Sebelum pandemik Covid-19, pemandu teksi LTSM mampu meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan, namun sejak sektor pelancongan dibuka, pendapatan semakin teruk terjejas.

“Memang kami susah untuk dapat penumpang sehingga ada antara kami hanya memperoleh RM30 untuk satu perjalanan, selepas tiga ke tujuh hari menunggu. Kami berharap pihak berwajib boleh menyelesaikan masalah ini dan kerap kali membuat operasi supaya pemandu e-hailing tidak masuk ke lapangan terbang mengambil penumpang”.

“Caj yang dikenakan oleh kami lebih murah berbanding caj e-hailing”, katanya ketika katanya ketika ditemui di LTSM di sini, hari ini.

Keluhan mereka mendapat perhatian calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali.

Dalam siri kempen mendekati pengundi, beliau berkata akan cuba membantu menyelesaikan masalah pemandu teksi LTSM secepat mungkin.

“Pemandu Tesi LTSM wajar diberi bantuan bulanan kerana pendapatan mereka terjejas teruk. Saya akan perjuangkan supaya mereka mendapat bantuan bulanan. Sekarang dah musim tengkujuh, penumpang juga makin kurang kerana tidak ramai yang datang ke Terengganu menggunakan kapal terbang”, jelasnya. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini