comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Dr Ammar, 5 Ketua Cawangan keluar BERSATU Sertai PEJUANG

Dr. Ammar bersama beberapa ahli umum keluar BERSATU

ARAU: Setiausaha Biro Agama Parti Pribumi BERSATU, Dr Ammar Hassan mengumumkan keluar parti dan perletakan semua jawatannya, berkuat kuasa hari ini.

Turut mengikuti jejaknya, lima ketua cawangan bahagian Arau dan lebih 500 ahli yang sepakat meninggalkan BERSATU dan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Lima pimpinan cawangan BERSATU itu adalah dari Sungai Baharu, Serdang, Pekan Arau, Istana dan Tok Pulau.

Menurut Dr Ammar, keputusan diambil kerana mahu mengikuti hala tuju politik baharu, bersama PEJUANG dan keputusan itu dibuat atas kerelaannya.

“Dalam masa terdekat sebelum penamaan calon kita yakin setelah berbincang, 20 cawangan BERSATU akan keluar secara serentak untuk menyokong parti PEJUANG, Gerakan tanah air,” katanya.

Dr Ammar menyertai BERSATU pada 2018 dan pernah memegang jawatan Ketua Penerangan BERSATU negeri Perlis.

Loading...
Terkini