comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15 : Ejekan penyamun, perompak dan katak cetuskan ketegangan

Suasana sedikit tegang penyokong di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, Muar Johor.

PAGOH: Suasana tegang tercetus di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh di sini gara-gara penyokong parti bertanding melaungkan perkataan penyamun, perompak dan katak .

Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing bersorak dan berbalas ‘ejekan’ itu antara satu sama lain.

Keadaan itu berlaku selepas penyokong PN melaungkan perkataan penyamun dan perompak sebelum dibalas penyokong BN dengan melaungkan perkataan katak.

Biarpun ditempatkan secara bersebelahan dengan penjarakan kira-kira lima meter, keadaan masih terkawal dengan anggota polis ditempatkan di kawasan terbabit bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, suasana ruang berhimpun penyokong PH tidak semeriah penyokong BN dan PN apabila hanya dihadiri kira-kira 20 orang.

Terdahulu, tiga calon kerusi Parlimen Pagoh masing-masing dari PN, BN dan PH tiba di pusat penamaan calon bagi menyerahkan borang pencalonan.

Penyandang kerusi itu yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terawal menyerahkan borang pencalonannya sebaik pusat penamaan dibuka.

Calon PH pula, Iskandar Shah Abd Rahman menjadi individu kedua tiba di pusat penamaan calon diikuti calon BN, Datuk Seri Razali Ibrahim. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini