comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: Empat Penjuru Di Parlimen Titiwangsa?

Calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga dari kiri ) Calon AMANAH ,Khalid Samad, Calon Perikatan Nasional, Dr Rosni Adam (PN) dan Calon Pejuang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan di pusat penamaan calon Parlimen P119 Titiwangsa yang diadakan di Dewan Bestari Aminuddin Baki Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki.

Oleh: Khairul Rizuan Azizan

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka berdepan saingan empat penjuru.

Sehingga jam 10 pagi tadi, hanya empat borang pencalonan diterima Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Titiwangsa Firdzaus Said.

Tiga lagi calon ialah calon dari Pakatan harapan, Khalid Abdul Samad, calon Pejuang, Datuk Khairuddin Abu Hassan dan Dr Rosni Adam (Perikatan Nasional).

Terdahulu, Datuk Seri Johari bersama puluhan penyokong beliau bergerak dari pusat berkumpul BN di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri kira-kira jam 8.40 pagi sebelum tiba 10 minit kemudian di Pusat Penamaan Calon SMK Amiduddin Baki.

Kerusi Parlimen Titiwangsa disandang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dengan majoriti 4,139 undi selepas memperoleh sebanyak 23,840 undian pada PRU-14.

Loading...
Terkini